Monday, August 25, 2014

Cerpen Projek Memikat Crush

 “ERUL tengah buat apa tu sayang?”
“Eh mama, tak ada apa-apa pun. Teringat  pasal bisnes je.”
“Yakah pasal bisnes. Jangan-jangan Rul dah ada girlfriend tak nak bagi tau mama. Kan?” Mama serkap jarang.
“Apa mama ni. Rul tak ada masa la nak fikir pasal semua benda tu. Rul tak suka la ma.” Nada suaranya masih lembut tetapi ada nada tegasnya juga. Yelah, ibu kan. Erul memang pantang kalau orang asyik suruh dia fikir pasal rumah tangga.
“Sampai bila Rul nak jadi macam ni. Benda tu dah lama pun. Entah ada lagi ke tak perempuan tu. Mama pun teringin nak menantu, cucu. Tak ada lah mama sunyi je kat rumah ni.”Lirih sahaja suara Puan Irna.
“Kalau mama nak sangat menantu, cucu suruh lah Iman yang kahwin. Perempuan ni mana elok kahwin lambat. Suruh jelah Iman tu ma.” Erul memberi cadangan kepada mamanya.
“Iman tu dah ada boyfriend, tak apa lah. Lagipun Iman tu masih belajar. Masalahnya sekarang, mama nak Rul kahwin sebab waktu macam ni la sesuai untuk Rul kahwin. Rul kan dah 26 tahun. Rul hensem, kaya, baik, boleh tahan jugak nak kata soleh tapi takkan tak ada orang minat. Musykil jugak mama.” Dah start nak membebel Puan Irna ni.
“Bukan tak ada ma, ada la jugak. Tapi diorang semua tu bukan ikhlas nakkan Rul. Diorang semua tu fikir Rul ni kaya je. Semua perempuan tu tau mengikis je. Kalau adapun yang ikhlas, tak reti nak mengurat Erul yang hensem ni.” Sesi luah perasaan dah mula. Eh, jap-jap! Erul, kau terperasan la pulak!
“Anak mama ni memang hensem la. Kalau macam tu, biar mama carikan. Anak kawan-kawan mama tu kebanyakannya belum kahwin.” Puan Irna sudah mula mengatur blind date untuk Erul.
Terbeliak mata Erul. “Hah, tak payah mama! Diorang ni semua lagi la. Sama spesies! Tak nak la ma. Rul boleh cari sendiri la. Macam yang Rul cakap tadi. Ada yang ikhlas tapi tak pandai ayat. Ada yang mengikis la. Ada yang tu, yang ni. Macam-macam la ma. Nanti kalau Rul dah jumpa yang sesuai, Rul bagi tau mama. Ya mama sayang.” Cepat Erul, kau mesti pujuk mama supaya dia percayakan kau. Go Erul go!
“Hmm, yalah-yalah. Saja nak ubah topik la tu. Macam mama tak tau. Mama bagi Rul cari sendiri tapi sampai hujung tahun ni je. Kalau tak ada, mama kahwinkan dengan anak kawan mama.” See, what I say! Mama confirm cair punya lah. Haha.
Hujung tahun ni! Lagi lima bulan je kot! Tapi tak apa. Dia sudah mula memikirkan rancangannya. “Okey, Rul sahut cabaran mama. Deal!”
“Ewah, main deal-deal pulak. Yelah, deal!” Fuyoo, ingat mama tak pandai main deal-deal ni. Hehe.
“Mama, Iman nak keluar jumpa Erfan tau. Bye ma, muahh!” Setelah mencium tangan dan pipi Puan Irna, dia pun berlalu.
“Rul tengok Iman tu. Dah ada boyfriend, Rul bila lagi.” Aduh, ingat dah habis. Haih la mama!

“KAK Liya, nanti cakap kat umi Erfan keluar pergi jumpa Iman. Dating!”
“Okey. Kirim salam sayang kat Iman jugak.”
“Kirim salam sayang dekat Iman je ke. Kat Abang Erul, tak nak.” Erfan dah mula tersengih udang. Memang Erul tidak tahu yang Erfan adiknya. Iman saja yang tau. Tapi mereka rahsiakan.
“Kau nampak tak seterika ni Fan. Sekali kena kat pipi kau. Lari Iman cari laki lain. Padan muka kau.” Apa punya kakak la aku ni. Astaghfirullah!
“Akak ni jangan la cakap macam tu. Dah la mulut akak tu masin. Tak baik tau doakan adik akak yang hensem ni macam tu.” Erfan dah tayang muka seposen.
“Tau pun mulut akak ni masin. Lain kali jangan nak kenakan orang. Padan muka! Lagi satu, kenapa adik akak seorang tersangatlah perasan diri tu hensem. Tolong okey! Erul lagi hensem.”
“Ahah, bagi akak memang la Abang Erul hensem sebab akak suka dia. Kalau Iman, mesti dia cakap Fan lagi hensem dari Abang Erul. Wekk!” Erfan menjelirkan lidahnya.
“Apa yang bising ni?” Datin Eriqa bertanya.
“Ni akak…”
“Tak ada apa la umi. Fan ni dia kata nak jumpa Iman. Dating katanya. Biasa la budak zaman sekarang ni umi.” Fuh, selamat aku!
“Tu satu umi. Lagi satu akak ni dia kata…”
“Eh Fan, kau dah lambat nak jumpa Iman kan. Baik kau pergi sekarang. Nanti merajuk pulak honey kau tu. Muncung mengalahkan itik pulak karang.” Eliya memotong percakapan Erfan. Kalau umi tau, mampus aku!
“Elok la tu Fan. Liya pulak bila nak ada boyfriend ni. Umur dah 25. Takkan tak ada lagi kot.”
“Ala umi ni. Baru 25 tahun. Lambat lagi la. Lagipun Liya tak berkenan la dengan semua lelaki.” Ceh, menipu je kerja kau. Tak apa, bohong sunat. Lama-lama tau la jugak. Heh.
“Apa pulak umi, akak ni dia ada someone special la. Cuma dia tak nak bagi tau je. Malu kot!” Erfan dah pecahkan tembelang. Kurang ajar punya adik.
‘‘Eh, mana ada umi. Fan ni memandai je.” Eliya menggeleng laju. “Dah, pergi sana. Kata nak jumpa Iman. Shuh, shuh!” Eliya menghalau Erfan. Memang patut pun. Ada ke bagi tau rahsia aku.
Sebelum Erfan berlalu dia sempat berbisik ke telinga Eliya, “Lambat laun jugak umi akan tau. Bagi je tau umi. Tak payah segan-segan.”
“Blah la kau!” Merah padam muka Eliya.
“Bagus la tu Liya. Bawak dia jumpa umi. Kenal-kenal dulu. Berkenan terus je masuk meminang.”
“Umi! Mana ada la. Fan tu menipu je. Dah la tu umi. Liya nak siap. Jumpa kawan.”
“Kawan lelaki ke perempuan?” Datin Eriqa mengusik.
“Umi!” Eliya menjerit kecil.

“HANEES, kau ada plan lagi tak nak buat Erul suka kat aku.” Eliya bertanya kepada kawan baiknya.
“Aku rasa kau boleh bagi dia barang-barang yang dia suka ke?”
“Ha’ah kan. Tapi kan Nees, aku tak tau la dia suka apa?” Muncung Eliya dibuatnya.
“Biasa lelaki ni Liya, diorang suka barang-barang mahal. Tapi tak tau la pulak Erul. Tu pada pandangan aku jelah.” Hanees memberi pendapat.
“Barang mahal? Aku okey je tapi dia suka barang apa? Tu je yang aku nak tau.”
“Aku  ni bukannya tau sangat pasal Erul. Macam aku cakap tadi, lelaki ni barang mahal dia suka macam jam ke, tali pinggang ke. Ha, tak pun kau beli baju yang berjenama.”
“Hmm, okey jugak idea kau. Beruntung aku dapat kawan macam kau.”
“Sama la dengan aku Liya.” Kami sama-sama tersenyum.

ERUL melihat sekeliling. Tak ada sesiapa yang kenal dia. Bagus! Erul terus berjalan seperti biasa tetapi masih memerhati sekeliling. Tiba-tiba…
“Erul!” sergah satu suara.
“Opocot badan mak kau kaler purple!” Erul melatah. Mukanya sudah memerah menahan marah dan malu. Hilang kemachoan aku!
Eliya pula tergelak sampai terhentak-hentak kakinya. Air mata pun terkeluar jugak. “Hahaha! Awak melatah Rul. Tak sangka orang macho macam awak ni melatah jugak.” Eliya terus ketawa tak henti.
“Dah la tu. Tak payah nak gelakkan aku je. Semua ni kau punya pasal. Kalau kau tak sergah aku tadi, mesti aku tak melatah.”
“Baik Encik Erul Farish, saya janji tak gelakkan awak lagi, tapi tadi tu sumpah lawak gila nak mati.” Eliya terus mentertawakan Erul.
“Wei, kau ni dah melebih tau tak? Kau nak apa ha?” Erul sudah mula tunjuk garang. Eleh fikir aku takut. Ni Eliya Balqish la! Takkan takut dengan muka garang pelik tu. Hihi.
Aip! Baik kau berhenti Eliya, kot-kot dia suka kau, jadi tak suka pulak! Eii, perasannya kau Eliya.
“Tak ada apa pun. Cuma saya pelik tengok awak jalan terhendap-hendap gitu. Tu yang saya tegur, tapi tak tau pulak awak melatah.” Eliya sudah tersenyum geli hati.
“Dah, tak payah ingatkan aku pasal melatah tu. Kau dah tau aku ni kuat melatah, diam-diam je.”
“Ai, ai bos!”
Erul sudah tergeleng-geleng dan terus berlalu dari situ. Macam mana la dia boleh kenal dengan minah ni. Sewel tak menempat. Rimas jugak dia kadang-kadang.
“Eh…eh Erul! Awak nak pergi mana tu?”
“Aku nak pergi menoreh. Kenapa? Nak ikut?”
Menoreh? Kat tengah bandar ni? Kat KL ni? Gila ke apa?
“Awak ni gila ke apa nak menoreh tengah bandar ni? Tengahari pulak tu.” Eliya bertanya. Blur!
Erul buat muka cemberut. “Dah tau tengahari, tau kat bandar KL mesti la aku nak pergi lunch.” Erul mendengus.
Eliya sudah tersengih serupa macam pak cik Me’on tak ada gigi. “Oh, jom kita lunch sekali. Saya belanja.”
“Tak payah. Aku nak makan seorang je.” Ego!
“Alah, bukan selalu pun. Lagipun saya belanja la. Chill la abang!”
Abang? “Siapa abang kau? Setahu aku, aku cuma ada seorang adik je.”
Eliya tersengih. “Okey-okey. Saya tak panggil awak abang lagi tapi dengan syarat awak bagi saya lunch dengan awak. Deal!”
Ewah-ewah minah ni ambik kesempatan atas kesusahan betul la. Erul sudah menahan geram.
“Huh, apa-apa je la!”

“KAU ada duit ke nak belanja aku?” Erul bertanya sinis.
“Saya ada duit ke, tak ada ke. Saya tetap belanja jugak.” Mereka berbual selepas habis makan.
“Kejap tau Erul. Saya nak pergi kaunter. Ambik tisu.” Erul hanya memandang sekilas. Fikirannya menerawang ke tempat lain.
“ERUL sayang! Buat apa tu biy?” Suara perempuan menyapa.
“Tak ada apa sayang. Biy cuma fikirkan pasal kita je.”
“Pasal kita? Maksud biy apa?”
“Maksud biy, biy ingat nak masuk meminang Hanees la.” Erul berkata dengan penuh yakin.
“What? Masuk meminang!” Hanees terkejut!
“Yalah, kenapa? Sayang tak suka ke?” Erul mengangkat kening bertanya.
“Tak. Bukan sayang tak suka. Tapi sayang rasa awal lagi la biy.” Hanees mencari alasan.
“Biy dah fikir masak-masak. Biy dah sedia untuk semua ni.”
“Nanti la sayang fikirkan. Biy bagi masa untuk sayang fikir, okey?”
“Okey. Everything for you sayang.” Erul tersenyum kepada Hanees.
Hanees hanya tersenyum tawar.
Tapi tu semua cerita lama. Setelah Erul tahu perangai Hanees sebenarnya dia terus tak percaya pada semua perempuan.
“Hanees!” Erul memandang tajam ke arah Hanees dan lelaki di sebelahnya. Amboi, sedapnya pegang tangan lelaki tu.
Tergamam Hanees, “Biy, I can explain.”
“You don’t have explain to me. Erul dah nampak dengan mata Erul. Sanggup Hanees buat macam ni kat Erul kan. Selama ni Erul ingat Hanees ikhlas dengan Erul. Rupanya tak. Patutlah Erul ajak kahwin, Hanees macam teragak-agak. Rupanya-rupanya nak mengikis harta orang!” Erul menengking Hanees.
“Biy, I am sorry.” Hanees sudah pucat mukanya. Habis!
“Ah, senang kau mintak maaf. Kau tak rasa apa yang aku rasa. So, jangan sesekali nak mintak maaf dengan aku. Dan mulai sekarang, kita putus.”
“Bro, kau ni siapa nak tengking girlfriend aku.” Lelaki di sebelah Hanees berkata.
“Aku ni boyfriend dia. Tapi tu dulu, sekarang ni kau nak ambik dia. Ambik la, aku tak kisah lepaskan perempuan kaki cukur ni kat kau.”
“What! Girlfriend kau!” Lelaki itu memandang Erul kemudian memandang Hanees, “Jadi selama ni you pun tipu I la Hanees. Menyesal I kenal dengan you. You ni memang kaki cukur pun. Dan mulai sekarang kita break off!” Lelaki iu menengking Hanees.
“Erul, Erul! Jauhnya awak mengelamun. Saya panggil banyak kali pun tak dengar.” Eliya hairan.
“Hah! Apa dia? Kau tanya apa? Bila masa aku mengelamun?” Erul terpinga-pinga.
“Tengok tu. Saya mana ada tanya apa-apa. Awak tu yang mengelamun jauh. Teringatkan siapa?”
Erul menahan malu, “Tak ada sesiapa lah.” Eul menjawab kasar.
“Kalau awak ada masalah, jangan segan cerita dengan saya. Saya pandai simpan rahsia orang.”
“Isy, kau ni. Aku mana ada masalah apa-apa la.”
“Hmm, yelah.”
Buat seketika mereka berdua senyap.
“Erul, nah. Ambik la. Happy birthday!” Eliya tersenyum.
Erul memandang ke arah lain bagi menyembunyikan senyum.
“Mana kau tau hari ni birthday aku?” Erul bertanya serius.
“Ni Eliya Balqish la. Semua pasal awak, saya tau. Bukak lah hadiah tu.”
Erul mengoyakkan pembalut hadiah. Dia tergamam. Jam jenama Tag Heure! Mahal tu.
“Kenapa kau beli jam mahal-mahal macam ni. Membazir je. Jenama Tag Heure lagi.” Erul marah-marah.
Eliya ingat Erul suka akan pemberiannya. Eliya ikut apa yang macam Hanees katakan.
“Mana ada mahal la. Biasa je harga dia. Awak ambik la jam tu. Saya bagi ikhlas untuk birthday awak. Harap awak sudi pakai. Lagipun kawan saya yang suggest lelaki suka barang mahal-mahal.” Walaupun terasa dengan kata-kata dia. Eliya tetap tersenyum.
“Yang kau pergi dengar cakap kawan kau tu kenapa? Nah, ambik balik jam ni. Aku tak boleh terima la. Mahal la.” Dalam hati Erul sebenarnya dah terusik sikit dengan keikhlasan Eliya. Sanggup dia beli barang mahal ni untuk aku. Tapi ego Erul yang menghalang. Dia nak tengok sejauh mana keikhlasan Eliya.
Kecewa hati Eliya bila Erul menolak terang-terangan pemberiannya. Kalau tak nak tu simpan je lah, ni selamba je cakap macam tu. Eliya menunduk. Mukanya sedih. Jangan nak menangis Eliya Balqish! Kau kena kuat. Terus pikat dia! Caiyok! Dia mengangkat mukanya. Tersenyum! Walaupun pahit.
Erul yang melihat muka sedih Eliya terus rasa serba salah. Tu lah, siapa suruh cakap tak fikir! Nak terima ke tak?
“Okey, aku ambik jam ni. Tapi lain kali tak payahlah bagi barang mahal-mahal macam ni dekat aku. Aku tak nak kau membazir je.” Erul memujuk Eliya.
Terkejut Eliya pada mulanya, tetapi kemudian dia tersenyum. Tak sangka, dalam tak suka dia kat aku, dia boleh pujuk aku. First time dalam sejarah hidup aku kot!
“Okey, ni kali terakhir saya belikan hadiah mahal dekat awak. Lepas ni saya bagi hadiah buruk-buruk, nak?” Eliya menyindir Erul.
“Mmm, tak payah bagi langsung pun tak apa. Aku tak nak kau membazir. Tu je.” Erul tetap serius walaupun dia mengakui ada secebis perasaan aneh dalam diri dia. Cinta ke? Tak mungkin dan tak akan! Semua perempuan kaki kikis!
“Saya membazir untuk awak jugak Rul. Walaupun awak bukan milik saya tapi saya nak awak simpan semua barang-barang yang saya bagi dekat awak.”Eliya terus tersenyum.
Erul tidak dapat menahan senyum dan buat kali pertamanya Erul tersenyum ke arah Eliya.
Terpana seketika Eliya melihat senyuman yang manis baginya. Kemudian baru dia tersedar.
Dia berdehem sebelum bercakap, “Saya harap awak pakai jam tangan tu. Kalau awak tak nak pakai, simpan je dalam kotak. Jangan buang pulak.” Ujar Eliya lagi sambl memandang tepat ke arah mata Erul.
Erul melarikan pandangannya. Jantungnya berdegup kencang. Ada perasaan aneh bila dia memandang mata Eliya. Apakah? Cinta ke? Yakah?
“Okey.” Erul menjawab sepatah.
Eliya berdehem, “Jom lah kita balik. Saya ada banyak kerja nak buat.”
“Eh, makanan kau bayar ke?” Erul menggelabah.
“Dah. Masa saya cakap nak ambik tisu tu lagi.” Eliya tersengih.
“Isy, degil betul la kau ni! Ada ke perempuan belanja lelaki.” Erul memarahi Eliya.
Eliya tetap dengan muka selambanya. “Bukannya salah pun.”
“Memang la tak salah tapi aku rasa macam tak gentleman pulak. Nah ambik duit ni.” Erul menyerahkan sekeping not lima puluh.
“Tak kisah la gentleman ke gentlewoman ke gentlellimen ke, janji saya Memang nak berlanja awak. Duit tu awak simpan. Buat hantaran kahwin ke mas kahwin ke.” Eliya berkata sambil tergelak-gelak.
Erul terus menghamburkan tawanya disebabkan tidak dapat menahan lawak yang Eliya buat. Tak sangka telus sungguh Eliya ni. Sah hati Erul dah ditawan oleh Eliya.                        
“Siapa la yang nak kahwin dengan kau? Sewel!” Erul ketawa mengejek.
“Apa! Awak panggil saya sewel. Awak kahwin dengan saya nanti mesti awak pun sewel jugak.”
“Apa-apa je la. Ambik la sewel kau tu. Aku tak ingin pun.”

“KAU dah buat ke apa yang aku cakap tu?” Hanees bertanya kepada Eliya.
“Dah.” Jawab Eliya sepatah.
“Jadi, macam mana? Dia terima ke tak?” Hanees tak sabar-sabar nak tau.
Eliya menceritakan apa yang berlaku ketika dia memberi hadiah itu.
“Oh, kalau macam tu bagus la.” Padahal dalam hati Hanees sudah panas mendengar cerita Eliya. Tak jadi rancangannya nak buat Erul makin membenci Eliya, malah lelaki tu boleh senyum kepada Eliya. Tak boleh jadi ni. Hanees mesti buat sesuatu.
“Aku happy sangat-sangat Nees. Akhirnya dia dah boleh terima aku sikit-sikit. Tu pun aku dah bersyukur sangat-sangat.” Ujar Eliya sambil tersenyum gembuira.
“Aku pun sama.” Hanees hanya tersenyum hambar.
Eliya terus menyatakan impiannya, rancangannya untuk memikat Erul. Macam-macam lagi lah.
Hanees pula hanya bercakap jikalau Eliya meminta pendapatnya. Dalam kepala otak geliga sedang merencana satu rancangan yang boleh menghancurkan mereka berdua. Hanees tersenyum gembira. Tunggu korang Erul, Eliya! Kau yang paksa aku buat macam ni Liya.

IMAN dan Erfan sedang berjalan-jalan di sebuah pasaraya terkenal. Mereka singgah di sebuah restoran dan memesan minuman.
“Fan! Iman rasakan nak bagi tau je lah siapa Kak Liya sebenarnya dekat along. Kesian pulak dia tak tau. Mesti dia rasa tertipu. Boleh ya Fan?” Iman membuat muka comel di hadapan Erfan.
“Tak boleh la sayang. Kita tunggu je dulu apa plan Kak Liya. Mungkin dia sendiri yang nak bagi tau dekat Abang Erul kot.” Erfan memandang muka gadis kesayangannya. Comel!
“Tapi abang Iman tu lain la Fan. Dia mesti ingat Kak Liya tak ikhlas nak kan dia. Sebab pada pemikiran along, semua perempuan ni sama je. Kaki kikis. Iman tak nak lah  Kak Liya terus sorokkan identiti dia.
Iman tau yang Kak Liya tu ikhlas nak dekat along, Iman nampak kat mata dia bila pandang along. Iman pun perempuan, faham perasaan Kak Liya bila kena tolak dengan lelaki. Selagi along tak tau yang Kak Liya tu betul-betul ikhlas, selagi tu dia takkan terima Kak Liya.” Iman menerangkan maksud sebenarnya.
“Iman sayang, ikutkan Fan ni nak je Fan ikut apa yang Iman cakap tapi bila fikir Kak Liya dah ada plan lain, Fan tak jadi nak buat. Fan pun geram jugak dengan Kak Liya tu. Fan tak tau nak buat macam mana lagi. Tapi balik ni Fan nak bagi tau Kak Liya pasal yang Iman cakap tadi.”
“Okey Fan! Harap-harap Kak Liya sedar.” Iman kembali ceria mendengar kata-kata buah hatinya.
“Amin! Thanks sayang sebab bagi informasi yang baru ni.” Erfan tersenyum.
“Sama-sama Fan. Sayang Fan ketat-ketat.” Iman tersenyum nakal.
“Sayang bucuk-bucuk Fan ni jugak!” Ujar Erfan sambil tersengih.
“Apa! Busuk! Tak nak kawan Fan. Kita merajuk lah!” Iman sudah muncung mulut. Pergh! Boleh sangkut pasu lagi. Haha.
Erfan menahan ketawa. Kalau ketawa depan-depan lagi lah. Mahu dia tak nak kahwin terus. Aku pulak yang muncung kang.
“Alolo, sayang intan payung budak comel pengarang jantung hati Fan. Jangan lah merajuk macam ni sayang. Fan gurau je lah tadi. Jangan lah merajuk dengan Fan, Fan nangis kang.” Erfan sudah pura-pura merajuk.
Iman yang tadinya muncung sudah tergelak-gelak. Apa-apa jelah Erfan ni. Suka buat orang marah, suka buat orang ketawa.
“Hahaha! Fan janganlah menangis. Tak macho la. Cengeng punya orang!” Sejurus Iman berkata itu, dia terus lari dari kedai itu.
“Apa! Cengeng! Siap Iman! Nak kena dengan Fan.” Mereka bermain kejar-kejar di pasaraya itu. Macam budak budak! Tapi memang budak tak matang lagi pun, ada hati nak kahwin. Erfan baru umur 23, Iman pulak baru umur 20. Sebijik macam budak tak matang kan?

ELIYA memandang telefon yang berada di tangannya. Dia berkira-kira hendak menelefon Erul atau tidak. Erfan sudah memberitahu Eliya tentang Erul. Korang tak ingat ke? Ala! Yang pasal Erul tak percaya perempuan tu, yang pasal Iman dengan Erfan cakap dekat pasaraya tu. Dah ingat kan. Okey, kita sambung balik.
“Nak telefon ke tak? Nak telefon ke tak?” Eliya bercakap sendirian di ruang tamu.
Sedang dia berfikir, tiba-tiba Erfan muncul. “Apa yang akak cakap sorang-sorang ni. Gila ke apa?”
Eliya memandang tajam ke arah adiknya. “Memang akak tengah gila pun. Ni semua salah kau. Kenapa kau baru bagi tau sekarang pasal Erul tu? Akak tak tau nak buat macam mana lagi. Rosak semua plan akak.”
“Eh, eh. Salah Fan pulak. Iman yang baru bagi tau dekat Fan. Sepatutnya akak tanya la dekat Iman tu pasal Abang Erul.” Erul sudah buat muka masam.
Ya tak ya jugak kan! “Memang la. Tapi akak tak terfikir pulak dia macam tu. Akak ingat dia tu macam lelaki lain. Senang nak pikat.” Eliya tidak mahu mengalah.
Erfan sudah mencemik, “Suka hati akak la. Fan dah penat nak ikut plan akak. Kalau ikutkan nak je Fan dengan Iman bagi tau Abang Erul siapa kita sebenarnya.”
“Eh! Tak payah nak memandai. Akak boleh bagi tau dia sendiri. Sekarang ni akak nak buat plan lain.”
“Suka hati akak la.” Erul terus naik ke bilik. Sebelum tu dia berhenti dan berkata,
“Jangan lupa bagi tau yang akak nak kahwin dengan dia.” Erfan berkata sambil tergelak-gelak. Baik cabut cepat sebelum ‘singa’ naik hantu. Haha.
Eliya sudah menjegilkan mata dan menunjukkan penumbuknya. Dia terus mengejar Erfan tetapi bunyi mesej masuk mengahalangnya. Siap kau nanti Fan! Dia melihat skrin telefonnya. Private number!
‘Salam Eliya, ni Erul. Erul nak ajak Eliya jumpa dekat Jalan Bunga pukul 5 petang ni. Ada benda penting yang Erul nak cakap.’
Perasaan Eliya ketika itu bercampur baur. Erul nak jumpa? Cakap benda penting! Apa? Sejak bila pulak Erul bahasakan nama ni? Kenapa pulak dia nak jumpa kat Jalan Bunga? Tapi kenapa dia guna nombor lain? Peliknya! Wah! Banyaknya persoalan aku! Seronoknya!
ELIYA memandu ke Jalan Bunga. Suasana sunyi dan lengang. Naik seram dia duduk di situ.
“Mana Erul ni, kata pukul 5 petang. Ni dah pukul 5.30 tak datang-datang lagi. Pelik betul la.” Eliya membebel sendirian.
Dia memandang skrin telefon dan mendail nombor baru Erul. Masuk peti suara! Dia memandang sekeliling. Seram la pulak! Eliya mengambil keputusan untuk pulang.
‘Agaknya Erul sibuk sampai lupa kot!’ Hati kecilnya berfikiran positif.
Baru hendak membuka pintu, terasa kepalanya telah dipukul dan dia terus pengsan.

“MANA pulak la minah ni. Selalu aku telefon terus je angkat.” Erul berkata sendirian.
“Kenapa abang?” Erfan bertanya kepada Erul. Sebenarnya sekarang mereka tengah melepak bertiga dengan Iman sekali.
“Ni, abang telefon Eliya. Tak angkat pun. Mana entah dia ni?” Erul sedikit risau.
“Eh, eh! Sejak bila pulak along ambik berat pasal Kak Liya. Ni mesti ada apa-apa ni.” Iman pula mencelah. Erul masih lagi tidak mengetahui bahawa Erfan adalah adik Eliya.
“Ha’ah la bang. Dah tangkap cintan dengan Kak Liya erk?” Erfan ikut tumpang sekaki dengan Iman.
Erul memandang geram terhadap dua makhluk allah di depannya. Hei! Kalau dah pakwe makwe tu, mengusik je lah yang diorang tau.
“Tolong sikit erk! Nak risau dekat dia? Memang tak lah! Nak tangkap cintan dengan dia? Lagi tak lah! Mintak simpang!” Erul tetap dengan egonya.
“Along jangan cakap macam tu. Karang daripada benci terus jadi suka. Lepas suka tergila-tergila la angau la meroyan la. Lagi teruk long!” Iman berkata lalu tergelak sambil diikuti oleh Erfan.
Zapp! Memang kena tepat dekat batang hidung sendiri. Tapi Erul tidak mahu mengalah.
“Dah lah korang. Lupakan pasal dia.” Erul berkata serius padahal dalam hati rasa nak meletup kje fikir pasal Eliya. Rasa tak sedap hati pun ada!
“Abang, Fan cakap ni jangan terkejut tau.” Erfan berkata setelah mereka senyap beberapa minit.
“Apa benda pulak sampai terkejut-kejut ni?” Erul bertanya hairan.
Erfan memandang Iman. Iman mengerdipkan matanya tanda teruskan.
“Sebenarnya Kak Liya tu kakak kandung Fan. Bukan Fan dengan Iman nak rahsiakan tapi ni semua permintaan Kak Liya sendiri. Dia yang tak benarkan kami bagi tau. Dia buat macam tu sebab dia nak tengok sejauh mana keikhlasan seorang lelaki tu terima dia. Betul bang Kak Liya Memang ikhlas cintakan abang. Tak percaya tanya Iman.” Erfan menerangkan dengan panjang lebar.
Terkejut Erul dengar apa yang Erfan katakan.
“Betul apa yang Fan katakan long. Kak Liya dah ceritakan semuanya dekat Iman. Dia memang ikhlas cintakan abang. Kak Liya hanya nakkan kasih sayang daripada along, baginya harta tu tak penting. Dia ikhlas long, ikhlas!” Iman menyokong kata-kata Erfan.
Erul meraup mukanya. Ternyata dia sudah tersalah sangka. Dia fikir Eliya seperti perempuan lain yang mengikis harta orang. Rupa-rupanya Eliya tidak perlukan harta duniawi. Erul berasa menyesal.
“Sebenarnya Kak Liya tak kasi kitorang bagi tau dekat abang tapi sebab kitorang suruh Kak Liya bagi tau. Dia tak buat pun. Jadi, kitorang terpaksa la. Abang jangan salahkan kakak pulak.”
“Tak, abang tak salahkan Eliya. Apa yang abang rasa sekarang, menyesal je. Abang jujur, abang pun cintakan dia. Abang baru nampak keikhlasan dia masa kitorang makan tengahari sama-sama. Eliya pun bagi hadiah jam tangan sebagai hadiah hari jadi.” Erul menunjukkan jam tangannya.
“Along sukakan Kak Liya jugak. Alhamdulillah! Ni yang buat Iman lagi tak sabar nak jadi adik ipar Kak Liya.”
“Alhamdulillah bang. Tapi, abang dengan Kak Liya senyap-senyap pergi lunch tak ajak kitorang pun. Lagi satu Kak Liya tak pernah berkira langsung dengan abang. Dengan Fan, dia Memang berkira sangat-sangat.”
Kata-kata Erfan membuatkan Erul jadi serba salah. Tiba-tiba telefonnya berdering. Eliya!
“Helo Eliya. Kau kat mana ni? Lama aku telefon.”
“Helo Rul. Ingat tak suara siapa ni?”
Terbeliak mata Erul mendengar suara tu. Dia sangat-sangat kenal dengan suara tu. Masakan dia lupa akan suara tu.
“Kau buat apa angkat telefon Eliya. Kau bagi dekat dia sekarang.” Erul bertanya garang.
“Rileks la biy. Hanees tolong angkatkan je. Liya sekarang tak boleh cakap sebab kena ikat. Kesian kan dia biy.” Hanees gelak bagai dirasuk oleh syaitan.
“Kau jangan nak apa-apakan dia. Kalau tak siap kau.” Erul bertanya keras.
“Alolo, sayangnya biy dekat Liya kan. Beruntung Liya.” Hanees buat nada sedih.
Erula terdengar ada bunyi tamparan di hujung talian.
“Hanees! Kau jangan nak tampar Eliya. Kau nak apa cakap je asalkan kau jangan apa-apakan dia.” Erfan dan Iman terkejut mendengar jeritan Erul.  Erfan segera menenangkan Erul.
“Hanees nak Erul je. Please biy!”
“Kau jangan main-main Hanees! Baik kau lepaskan dia!” Erul sudah naik angin.
“Okey, fine! Kalau kau nak Eliya kesayangan kau ni selamat, kau datang sini.”
“Okey, aku datang! Kau jangan nak apa-apakan dia.” Erul memberi amaran. Dia memutuskan talian.
“Fan, jom ikut abang pergi selamatkan Eliya. Iman pulak telefon polis dan tunjukkan alamat ni.” Erul berkata dalam riak yang risau.
“Okey!” Mereka berdua berkata serentak.

“KAU ni dah gila ke Nees. Apa salah aku sampai kau culik aku ha!” Eliya menjerit.
“Kau tanya lagi apa salah kau. Hei! Kau tau tak Erul tu ex-boyfriend aku. Kau pulak selamba je ambik dia daripada aku. Jadi, ni je satu cara yang aku boleh buat nak pisahkan korang. Kalau aku tak boleh tak dapat dia, orang lain pun tak boleh.” Hanees juga menjerit bagaikan dirasuk kemudian dia tergelak-gelak jahat.
“Mengucap Nees! Kalau kau nak Erul tu, kau ambik la. Tapi satu je aku nak cakap. Ingat Allah Nees, jodoh, ajal, maut di tangan Allah Nees. Jangan la buat macam ni. Aku sayang kau Nees!” Eliya berkata lembut.
“Ah! Kau tak payah nak pura-pura baik alim sangat lah. Kau sama je macam aku. Nak mengikis harta Erul kan? Dan lagi satu, simpan perkataan sayang kau tu untuk orang lain. Kau bukan kawan aku!”
Eliya sudah tidak dapat menahan marah, “Aku sama macam kau? Aku nak megikis harta Erul? Hello! Aku datang daripada keluarga yang kaya. Buat apa susah-susah aku nak kikis harta dia. Duit aku dah terlalu banyak.” Eliya tetap menjerit walaupun tangannya diikat.
Hanees terus meluru ke arah Eliya lalu menamparnya, “Aku tau kau daripada keluarga yang kaya. Memang selama ni aku cemburu dengan kau. Kau dapat apa yang kau nak. Sampai Erul pun kau dah dapatkan.”
Eliya cuba meleraikan tali yang diikat di tangannya tetapi gagal.
“Tu semua takdir masing-masing Nees! Kau tak boleh jadi macam ni. Insaf la wei!”
Belum sempat Hanees menjawab, pintu tiba-tiba ditendang dengan kasar. Erul dan Erfan masuk ke dalam untuk menyelamatkan Eliya tetapi dihalang oleh orang suruhan Hanees.
“Eh Erul, datang jugak! Sayang sungguh dia dekat Eliya.” Hanees sudah tergelak sinis.
“Jeff, Bob! Kau uruskan diorang!”
Erul dan Erfan sedang berlawan dengan dua orang samseng itu. Manakala Eliya pula berusaha untuk meleraikan ikatan. Yes! Dapat bukak! Eliya terus meluru ke arah Hanees dan merampas pistol yang berada ditangannya.
“Erul, belakang awak!” Erul sempat mengelak dan terus membelasah samseng itu.
Dua orang samseng itu tumpas di tangan Erul dan Erfan. Mereka mengikat dua orang samseng itu kerusi.
Erul yang ternampak Hanees cuba menikam Eliya terus sahaja memeluk Eliya dan tikaman itu terkena pada belakang Erul. Eliya tergamam. Tak sangka Erul sanggup menggadaikan nyawanya untuk dia. Cintakah dia kat aku?
“Erul! Bangun! Jangan tinggalkan Liya. Liya sayang Erul. Erul!” Eliya menjerit dengan kuat lalu memangku kepala Erul. Erfan yang sedari diam kerana terkejut terus menerkam Hanees dan mengikatnya seperti dua orang suruhannya.
Hanees pula kelihatan serba salah kerana telah menikam Erul.
“Kau! Tengok apa yang kau dah buat dekat Erul. Kalau dia mati, aku takkan maafkan kau. Meringkuk lah kau dekat penjara sana!” Sejurus dia berkata, polis pun terus menyerbu masuk ke dalam dan menggari ketiga-tiga penjahat itu.
“Kak Liya, kita bawak Abang Erul pergi hospital sekarang!” Erfan berkata.

Dua tahun kemudian,
“ERIS, Erisa! Come here sayang! I have surpise for both of you.” Eliya memanggil anak-anaknya.
Ya! Erul dan Eliya dikurniakan sepasang anak kembar. Lelaki dan perempuan! Muhammad Eris Syimir dan Nur Erisa Syira. Eris banyak mengikut Eliya, manakala Erisa pula banyak mengikut Erul.
“Kenapa mama?” Tanya Eris pelat.
“Emm, tanya papa la.” Eliya menayang sengih.
“Apa pulak suruh tanya abang. Sayang ni lah!” Erul mencubit pipi Eliya. Mengaduh dibuatnya.
“Apa dia mama, papa?” Erisa pula bertanya pelat seperti abangnya.
“Minggu depan kita pergi holiday. Ris dengan Risa suka tak?” Erul bertanya kepada anak-anaknya.
“Pergi holiday pa. Suka, suka! Bestnya, kan Risa?” Eris bertanya kepada Erisa.
“Ha’ah la bang! Dah lama kita tak pergi holiday. Yeay! Sayang papa dengan mama!” Si kecil itu menjawab lalu mencium pipi Erul dan Eliya. Eris yang tidak mahu ketinggalan turut mencium pipi kedua orang tua mereka.
“Sayang Ris dengan Risa jugak!” Erul dan Eliya berkata serentak lalu memeluk anak-anak mereka.
Terima kasih Ya Allah kerana engkau telah memperjodohkan aku dengan si dia. Dengan bersusah payah aku dalam misi mengurat dia. Alhamdulillah!

P/S : Semua yang berlaku hanya kebetulan dan tidak ada kena mengena antara hidup dengan mati.

No comments:

Post a Comment